DARI LENSA PENGEMBARA 3 : Satu Malam di Viernheim

Ahad, Oktober 23, 2011

Heidelberg ditinggalkan. Kami menuju ke Viernheim, Mannheim untuk bermalam di sana. Nama tempat tersebut lekas mengingatkan saya kepada sebuah kelab bolasepak di Jerman, TSG Hoffeinheim. Keletihan menggigit. Perjalanan hampir 24 jam termasuk transit agak meletihkan. Sebuah teksi berwarna kuning berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat. Sebuah Mercedes. Lihat sahaja modelnya, bisik Bro. Azhary.
Tiba di Viernheim ketika waktu Asar baru berusia setengah jam. Ia pekan yang tenang. Salji belum gugur di sini. Barangkali dalam sehari dua lagi. Namun bayu petangnya menusuk tulang.
NH Hotel. Ia hotel berskala sederhana dengan pelayan kaunter yang tidak mesra. Murah jika ditempah lebih awal secara atas talian. Sekadar untuk satu malam rasanya tidak menjadi masalah demi beroleh rehat secukupnya. Esok ada perjalanan ke sempadan Jerman-Switzerland yang harus ditempuh.
Tidak jauh dari tempat menginap kelihatan sebuah gedung pakaian dan barangan sukan. Malam hadir terlalu awal pada musim sejuk. Sejurus bersolat jamak taqdim Maghrib dan Isyak, kami menapak ke sana untuk meninjau. Adidas dan Puma adalah dua jenama barangan sukan yang berasal dari Jerman. Tentu ada pilihan yang menarik jika membeli di tempat asalnya sendiri. Beberapa meter dari situ, ada sebuah gedung menjual pakaian musim sejuk mustakmal. Saya berhasrat mencari mafla dan baju panas terpakai dengan harga yang rendah.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP