MEMBACA PRUF

Rabu, Februari 15, 2012



Antologi cerpen ini menghimpunkan 15 buah cerpen remaja yang saya hasilkan dari tahun 1997 sehingga 2008. Mungkin boleh dikatakan sebahagiannya bernuansa Islami dan dua pertiga daripadanya berlatarkan Timur Tengah. Barangkali tidak keterlaluan jika ia dianggap mewakili diri saya sepanjang tempoh tersebut.

Apabila menyambung pengajian di Jordan pada akhir Ogos 1995, saya pada mulanya menyepi beberapa ketika sebelum menulis semula setelah terlibat dalam sidang redaksi majalah suara kampus Tanjung Puteri yang diterbitkan oleh Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ). Bayu Dingin Mediterranean ialah cerpen pertama yang saya kirimkan ke media tanah air. Kemudian diikuti oleh Risik dan Cinta Kala Gegar Jakarta yang tersiar dalam majalah Muslimah hanya selang beberapa bulan sahaja pada tahun 1998. Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Menulis bukan sekadar berkreatif mencari kepuasan peribadi, bahkan ibadah yang perlu saya laksanakan sebagai salah satu cabang dakwah.

Pengalaman bermastautin beberapa tahun di Jordan ternyata memberi sedikit kelebihan kepada saya untuk mengangkat latar Timur Tengah dalam karya. Selain cerpen-cerpen yang disebutkan tadi, saya menulis beberapa cerpen lagi seperti Darah Pejuang, Nil Mengalir Songsang dan Nil Masih Mengalir sepanjang berada di sana. Kebanyakan karya pada fasa mengaji ini selain tersiar dalam media tanah air, diterbitkan juga oleh majalah-majalah suara kampus seperti Tanjung Puteri, Reformis, Permai, Wacana Minda, Puteri Nasuha di Jordan dan SUKEJ di Mesir.

 Insya-Allah ...


4 komentar:

mxypltk 3:14 PTG  

Salam,

Ini semua cerpen saudara dalam tempoh tersebut...atau ini koleksi 'the best of'...?

Sekadar bertanya. HAKIM

Zaid Akhtar 6:46 PG  

Sdr Hakim,
ini himpunan cerpen "remaja akhir" saya dalam tempoh tersebut.

Cerpen saya tidak banyak. Ada yang agak dewasa saya tidak masukkan.

Terima kasih atas kunjungan dan pertanyaan saudara.

Tetamu Istimewa 1:15 PTG  

Tahniah Tuan. Semoga terus tekal menulis.

Engku Muzahadin 5:44 PTG  

Teruja utk membaca bingkisan ini... :)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP