PRAPROMOSI II

Ahad, Februari 19, 2012


Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Yarmouk diwakili oleh barisan I’tilaf Islamiy sering mengadakan protes secara aman dalam skala yang kecil tetapi agak kerap di kampus. Apalagi yang menjadi sasaran mereka jika bukan Zionis Yahudi yang menceroboh bumi Palestin milik sanak-saudara mereka. Saya sering tersentuh melihatkan perarakan kecil mahasiswa di Yarmouk yang dilakukan demi ‘berkongsi rasa’ dengan saudara kita di sana.

Dalam catatan saya, cerpen Bayu Dingin Mediterranean ini disiapkan pada cuti sempena Hari Natal 1997. Ia merupakan cerpen pertama yang saya hantar ke media cetak di Malaysia sepanjang pengajian saya di Jordan. Jarak antara Irbid dan sempadan Palestin bukanlah jauh – lebih kurang 40 kilometer. Meskipun dekat, namun kerana ‘penjajahan’ Zionis Yahudi, menyebabkan jarak sebegitu terasa jauh. Alangkah beruntungnya jika saya dapat ke sana!

2 komentar:

aras nura 9:32 PTG  

TAK SABAQ NAK BELI BUKU NI USTAZ!!! YEAYYHHH!!! :D

Zaid Akhtar 2:34 PTG  

:-)
ciknura punya cerpen pun dah boleh buat kompilasi.

harap sihat sokmo.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP