oleh Dr Rahmah H. Osman (UIAM)
(dibentangkan dalam Diskusi Karya Mantan MPR 2008 pada 2 Ogos 2008 di Dewan Seminar DBP)
Sastera
pada pandangan Sayyid Sayyid Qutb adalah
ta‘bîr mËÍin ‘an qiyamin hayyah yan
fa‘ilu bihã Ìamîr al fannãn, takbir yang diilhamkan dari nilai –nilai yang
hidup (yang peka) yang bergolak dalam jiwa artis tersebut. Pada pandangan
Sayyid, adalah suatu perbuatan yang sia- sia untuk cuba mengasingkan sastera
dari nilai-nilai ini. Al adab
(sastera) dan al fann al Islamiy
(seni Islam) pula adalah adab wa fann
muwajjah, muwajjah bi tabî‘at al tasawwur al Islamiy lil Íayãh wa irtibãtãt al
kã’in al basyari fîhã, sastera
yang bermisi dan terarah. Bermisikan dan terarah oleh sifat semula jadi al tasawwur al Islamiy tentang
kehidupan, dan komitmen harian manusia sebagai seorang Muslim dalam kehidupan
sehariannya. Misi yang terkandung dalam (fikrah
Islãmiyah) fikiran keislaman itu dengan sendirinya adalah (tabî‘at harakiyyah dãfi‘at) insentif
yang dinamik untuk berkreativiti, mengarang dan mencipta, untuk membangun dan
mencapai sesuatu matlamat. Islam tidak memerangi bidang seni tetapi memerangi
sebahagian al (tasawwurãt) pandangan-
pandangan “views” dan (al qiyam) nilai- nilai atau unsur- unsur
yang dikemukakan oleh bidang seni. Islam ngin mengantikan tempat unsur dan
nilai- nilai yang materialistik ini dengan tasawwurasãt
“views” dan nilai- nilai yang lebih bermakna yang berupaya untuk
mengurniakan dan melahirkan keindahan yang ulung, terbit dari al tasawwur al Islãmiy. Oleh itu, seni
dan sastera Islam mempunyai (manhaj
muÍaddat) kaedah yang tertentu yang mesti dipraktikkan dalam segala
lapangannya. Dengan itu akan lahirlah seni dan sastera yang merupakan suatu
penggambaran atau pengolahan yang lahir dari jiwa “expression of the soul” yang diselubungi “overwhelmed” oleh nilai dan perasaan
keislaman.
"التعبير
الناشئ عن امتلاء النفس بالمشاعر اﻹسلامية"
Sastera
dalam pandangan Sayyid Qutb adalah takbir muwajjah adalah ungkapan yang
diilhamkan yang terhasil tatkala jiwa seniman terusik oleh nilai-nilai yang
bernyawa dan segar (hayyah). Sungguhpun nilai-nilai ini berbeza-berbeza
dari satu individu ke satu individu yang lain, namun yang pasti, nilai-nilai
ini terbit/lahir dari gambaran/ pandangan yang tertentu tentang kehidupan,
iaitu dari al taÎawwur yang tertentu.
Sastera
Islam adalah sastera yang mempunyai misi dan terarah dan sastera Islam
mempunyai kaedahnya yang khas yang wajib diterapkan. Persoalannya di sini,
apakah arah dan misi yang dimaksudkan di sini? Apabila jiwa manusia telah
terbiasa dan selesa dengan world view Islam tentang kehidupan, dengan
sendirinya jiwa tersebut akan dapat mengenali
dan merasakan bentuk-bentuk seni yang tidak bercanggah dengan world view
Islam tersebut. Sastera Islam bukan sastera yang semata-mata memperkatakan
tentang Islam, sejarah Islam atau tentang personaliti tertentu yang terkenal
dalam Islam. Adapun sastera Islam adalah sekadar ungkapan yang lahir dari jiwa yang telah
dipenuhi dengan perasaan dan intuisi (intuition)
keislaman.
Oleh itu proses pengkaryaan Islam harus bermula dengan memahami
Islam itu dengan kefahaman yang betul dan tepat. Islam tidak boleh
dibahagi-bahagikan. Dalam erti kata yang lain, Islam bukanlah sekadar
mentafsirkan ayat- ayat al-Quran atau hadis di satu penjuru, kemudian berdakwah
untuk berjihad di satu penjuru, kemudian memaparkan suatu adegan sejarah di
satu penjuru, kemudian sastera atau seni di suatu penjuru dan penyelarasan cara
pemerintahan kerajaan di suatu penjuru. Tidak, ini bukan cara Islam. Ini adalah
kerana Islam adalah suatu pandangan tentang hidup, yang sempurna. Islam adalah
minhaj, program yang konklusif, kamil dan komprehensif.
Adalah sukar untuk
memahami apa jua aspek yang berkaitan dengan Islam sekiranya kita tidak dapat
memahami Ïabî‘at Islam itu sendiri sebagai satu kesatuan yang sempurna dan
saling menyempurnakan. Islam bukan sekadar slogan- slogan yang patut
dilaksanakan. Islam bukan sekadar da‘awah berbentuk moral. Islam bukan sekadar
sistem pentadbiran atau sistem untuk ekonomi atau sistem untuk hubungan
antarabangsa. Kesemua di atas hanya merupakan aspek-aspek tertentu dalam Islam
dan bukanlah Islam secara keseluruhan.
Cara
berkarya dan berseni dalam Islam tidak terbatas sekadar memaparkan realiti
tentang yang baik dan buruk, tentang kekuatan dan kelemahan, tentang yang
kurang dan yang sempurna. Ia tidak juga terbatas sekadar memaparkan gambaran
idealistik yang “partial” dan “biased” yang hanya dapat
dilaksanakan dalam ‘alam yang khayal dan angan-angan. Islam melakarkan dalam
jiwa individu gambaran yang tertentu tentang kehidupan. Jiwa individu tersebut
membiasakan diri dengan pandangan tersebut. Jiwa tersebut akan cenderung untuk
merealisasikan pandangan tersebut dalam bentuk kegiatan kreatif dengan rasa
bertanggungjawab dengan membangunkan seluruh kehidupan berdasarkan pandangan
tersebut.
Sayyid Qutb telah menamakan ciri-ciri al-tasawwur
al-Islami seperti berikut:
1. Rabbaniyya
(Ketuhanan) - Lordship.
2. al-Harakah
(Kesinambungan) - Constancy.
3. al Thabat
(Tetap) - Permanence.
4. al Shumul
(Komprehensif) - Comprehensiveness.
5. al TawÉzun (
Keseimbangan) - Balance.
6. Al Ijãbiyyat
(Positif) - Positive.
7. al Waqi‘iyyat (Realisme)
- Realism.
8. al TawÍîd
(Keesaan) - Divine Oneness.
Rabbaniyya
adalah ciri yang asas yang tidak boleh digantikan atau di perkecilkan. Seluruh
aspek kewujudan manusia bermula dan berakhir dengan ciri ini. Sungguhpun
manusia berupaya untuk menjangkau cakerawala dengan fikiran dan jiwanya, fungsi
manusia dalam ‘alam ini masih terbatas kepada memenuhi peranannya sebagai
khalifah Allah yang diciptakan untuk tujuan melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai hamba Allah (Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 45- 75).
Ciri
kedua dan ketiga, al-harakah dan al-Thabat pula bermakna bahawa
sungguhpun pembangunan dan perubahan terus-menerus berlaku dalam masyarakat
Muslimin, akan tetapi berlegar di sekitar suatu kerangka yang mengandungi
prinsip-prinsip yang tetap dan tidak berubah. Ini menunjukkan bahawa kandungan
dan nilai- nilai Islam adalah abadi dan tidak berubah sedangkan aspek- aspek
kehidupan sesuatu masyarakat dan cara mereka mengendalikan sesuatu perkara
berbeza –beza di antara satu sama lain (Sayyid Qutb, 1988: 75- 95).
Ciri
keempat , komprehensif bermula dengan faktor asasi iaitu pengiktirafan tentang
keesaan Allah dan bahawa Allah berada di sebalik kejadian ‘alam ini. Islam
memiliki pendekatan (approach) yang komprehensif dan berintegrasi (integrated)
yang baik. Pendekatan ini meliputi konsepsi berhubung dengan “conscience”
(kesedaran) dan perancangan (planning) dalam kehidupan manusia. Dalam
erti kata lain, perlakuan “external” (luaran) manusia haruslah menuruti
atau berdasarkan kepada kepercayaan dan pemikirannya. Dan ini adalah suatu “reflection”
(refleksi) tentang prinsip Rabbaniyya
(Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 95- 118).
Al-Tawãzun
adalah suatu “norm” (norma) di antara “the absolute divine” dan “the
laws of the universe” peraturan ‘alam ini. Ciri al-Tawazun ini pula
menghasilkan positiveness. Islam bersifat positif, aktif, berupaya (willing)
dan dominan (Sayyid Sayyid Qutb, 1988: 119- 150).
Ciri
ketujuh, al- Wãqi‘iyyat, Realisme.
Islam menganggap manusia sebagai suatu entiti yang realistik (kã’in waqi‘iy)
yang dibezakan oleh ciri-ciri tertentu (Sayyid QuÏb, 1988: 169- 188). Ciri
kelapan, al TawÍîd, adalah paksi al-Tasawwur al-Islãmî. Seorang Muslim
percaya bahawa Allah adalah “Supreme Ruler”, Pentadbir, dan Perancang
kehidupan manusia, hubungannya sesama manusia, dan Penghubung kepada ‘alam ini
dalam kehidupan secara umum (Sayyid Qutb, 1988: 189- 207).
Dalam
konteks sastera Islam oleh kerana sastera Islam adalah suatu ungkapan yang
menggambarkan/ membicarakan tentang ‘alam, manusia dan kehidupan dari perspektif
al-Tasawwur al-Islami,
maka hasilnya adalah:
1. Dalam konteks Rabbaniyya, Sastera Islam haruslah sentiasa menggambarkan fungsi
manusia di dunia ini terbatas sebagai khalifah dan hamba Allah. Tidak ada tempat
untuk watak- watak seperti Hercules, half man half God.
2. Dalam konteks harakah dan thabãt, “movement
within a fixed boundary around a fixed axis” penulis Sastera Islam bebas
bergerak dan berfungsi memperkatakan dan menceburi apa jua lapangan dalam tulisannya,
tetapi yang tetap dan pasti adalah ia harus tidak terkeluar dan menyalahi
nilai- nilai Islam.
3. Sastera Islam juga bersifat syumul, komprehensif. Ia merangkumi
segala aspek. Tidak ada segragation di antara ‘ibadat dan muamalat.
Segala kegiatan manusia termasuk sastera dan seni adalah termasuk ibadat dengan
syarat tidak menyalahi nilai-nilai Islam. Ini bermakna there is no such
thing as sastera dan seni Islam dan kemudian sastera dan seni yang tidak
ada kena mengena dengan Islam. Sebagai seorang Muslim, kita dikehendaki
menerapkan nilai- nilai Islam dalam segala aspek kehidupan. Tidak boleh ada “double
standard” dalam Islam.
4. Dalam konteks al-Tawãzun, sastera Islam mesti mengamalkan ciri balance.
Tidak boleh excessive dalam sesuatu aspek dan mengabaikan aspek yang
lain. Perlu ada keseimbangan dalam nilai seni dan mesej atau amanat yang hendak
diutarakan. Jangan sampai kerana nama seni, aspek amanat mendukung nilai-nilai
Islam diabaikan. Begitu juga jangan atas nama berdakwah, nilai- nilai seni
diabaikan atau diremeh-temehkan.
5.
Sastera
Islam perlu bersifat al-Ijãbiyyah,
positif. Misalnya, dalam menggambarkan kehidupan manusia, penulis sastera Islam
perlu bersikap positif dan tidak hanya menggambarkan ciri-ciri negatif seperti
sikap berputus-asa, kegagalan dan kemusnahan- “Inna ma‘al ‘Usrî yusrã”.
6.
Sastera
Islam harus bersifat realistik kerana Islam adalah agama yang realistik.
Manusia tidak pernah di suruh melaksanakan sesuatu di luar kemampuannya- “Lã yukallifu nafsan illã wus ‘ahã”.
7. Sastera Islam mesti mendukung hakikat Keesaan
Allah. Tidak boleh ada percanggahan dan sekutu. Tidak ada tempat untuk
watak-watak atau adegan yang mempertikaikan keesaan Allah.
Maka dengan itu, sastera Islam adalah sastera
yang bertanggung-jawab. Yang ada iltizam. Bukan sastera dan seni yang
menggambarkan dan melakarkan adegan-adegan lucah dengan alasan menggambarkan
realiti kehidupan, kemudian tidak berani bertanggung-jawab menghadapi consequencesnya terhadap masyarakat yang sudah tertagih dengan adegan-adegan tersebut as a direct
result dari pemaparan adegan lucah tersebut. Di antara faktor- faktor yang
perlu diberi perhatian dalam menghasilkan sastera Islam adalah:
1.
Sastera
Islam bukan sastera yang memandang mudah tentang aspek-aspek kesenian dalam
penulisan. Islam amat mengambil berat tentang aspek-aspek seni dan dalilnya
adalah al-Quran itu sendiri.
2. Sastera Islam menekankan peri pentingnya isi
kandungan fikiran yang terdapat dalam sesuatu penulisan.
3. Sastera Islam membicarakan dan meliputi
segala aspek kehidupan.
4. Sastera Islam mengamalkan sifat amanah dalam
menggambarkan tentang suatu realiti kehidupan.
5. Sastera Islam tidak membuang masa
membicarakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah ‘abath. “Afa Íasibtum annamã
khalaqnãkum ‘abathan wa annakum ilainã lã turja‘Ën” (Mukminun: 115).
6. Sastera Islam bukan qawã‘id jãmidah kaedah yang lapuk dan beku. Malah seperti Islam itu
sendiri, sastera Islam bersifat innovatif dan refreshing.
7. Sastera Islam adalah sastera yang berjiwa
sedar (adab al Ìamîr al Íay), sastera
yang lahir dari naluri yang luhur adab al
wijdãn al salîm, sastera bertasawwur yang betul, sastera yang aspek
khayalnya membangun bukan dongeng dan pasif dan sastera yang berperasaan yang
luhur dan lurus.
8. Sastera Islam adalah sastera yang menekankan wudhuh (jelas) dan tidak mengelirukan.
Sastera Islam tidak mungkin terhasil kecuali jika terbit dari zat (suatu
entiti) yang telah dikurniakan nikmat untuk merasakan apa itu keyakinan. Dari
zat yang bahagia dengan rasa keyakinan tersebut. Dari zat yang telah terpaut dengan
manhaj (sistem) Allah.
Sebagai kesimpulan, sastera Islam adalah:
1.
Ungkapan
seni yang indah dan berkesan.
2.
Terbit
dari zat yang beriman.
3.
Adalah
terjemahan tentang kehidupan, manusia dan ‘alam sekitar.
4.
Berlandaskan
asas- asas ‘aqidah seorang Muslim.
5.
Membangkitkan
keseronokan (mut‘ah) dan bermanfaat.
6.
Penggerak
atau stimulus fikiran dan perasaan.
7. Senantiasa
bersiap sedia dan tidak teragak-agak untuk mengambil sesuatu pendirian dan
keputusan dan bertindak dengan mengambil sesuatu langkah yang diperlukan. (Najib
al Kaylani, 1992; 32- 36).
Read more...