Sabtu, Februari 16, 2008
JIdJ di Berita Harian
JUSTERU Impian di Jaring karya Zaid Akhtar merakam cabaran pemain badminton kebangsaan, Syahir yang terpaksa berdepan pelbagai kontroversi bagi melayakkan diri ke Kejohanan Terbuka Johor sehingga akhirnya membawanya ke Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta.
Novel remaja setebal 174 halaman terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd berharga RM16 ini turut menyelitkan dakwah dan syariat Islam termasuk pemakaian menutup aurat apabila Syahir mendapat jolokan ‘ustaz’ tanpa mengenepikan rencah cintanya dengan Wan Najlah yang turut menutup aurat.
Bintang: 4 bintang
Memo: Terima kasih teman wartawan di Berita Harian kerana sudi menampilkan novel Utusan. :-)
Read more...