Rabu, Februari 16, 2011
MASJID PULAU SEBANG DALAM BAHAYA
Jumaat lalu, dalam perjalanan menuju ke Serdang, saya seperti biasa akan melalui Hutan Percha untuk ke Tol Tampin/Simpang Ampat. Tiba di Pulau Sebang, Melaka - bersempadan dengan Negeri Sembilan - waktu Zuhur sudah masuk lalu saya berhenti untuk bersolat Jumaat.

Beberapa kali juga saya singgah di masjid itu. Panorama di situ cukup menarik. Sebuah masjid desa yang cukup sederhana di tepi sebatang sungai yang mengalir tenang. Berdiri di tebing sungainya yang agak tinggi itu juga sudah menenangkan. Cuma 3-4 meter dari kaki lima masjid.

Lantas saya bersolat Jumaat di situ. Nyaman. Ada pendingin hawa di dalamnya. Sejurus solat, saya mendekati tebing sungai di sebelah kanan masjid. Ternyata, ada bahaya yang sedang menanti rumah Allah itu.

Entah mengapa, ingatan saya lekas kembali kepada novel Imam yang dikarang Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Betapa sebuah masjid kampung dalam novel itu boleh runtuh akibat perbuatan tangan-tangan manusia gila.
Dan Masjid Pulau Sebang itu boleh sahaja menerima nasib yang serupa jika tidak diselamatkan segera. Read more...